tangan yang mencatat, mendongak ke langit..

You will never love for it...until you know them well...
Tak kenal maka tak cinta...

Sunday, July 29, 2012

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Assalamualaikum wbt. Selawat dan Salam ke atas junjungan kita, Rasullullah SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.
Sebelum itu, salam Ramadhan Al-Mubarak. Saya baca buku ni sebelum bulan ramadhan, dan baru berkesempatan untuk buat sedikit ulasan . Walaupun bukan keseluruhan cerita saya nak sentuh, tapi saya nak lontarkan sedikit demi sedikit pengajaran daripada novel karya Buya Hamka ni.
Alhamdullillah. Habis satu lagi buku. Dan bertambahlah lagi ilmu. Dan, bak kata hukama, semakin banyak buku yang aku baca semakin haus diriku akan ilmu.
Buku yang menjadi tatapan untuk dua hari ini adalah novel karya Profesor Dr. Hamka iaitu Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Buku yang saya baca ni, adalah edisi asal dan menggunakan bahasa Indonesia ejaan lama. Tapi, bila dah mula masuk dengan ceritanya, masalah ejaan tu akhirnya tak menjadi sebuah masalah sebab ianya menambahkan lagi suasana lama. Ha, sebab latarbelakang cerita ni pun sekitar 60-70an rasanya.
Antara adat dan agama. Begitu kuat adat Minangkabau yang ada pada ketika itu sehingga akhirnya mengorbankan cinta dua insan. Ya, ia memang mengorbankan.
Kisah seorang anak muda dari Mengkasar  iaitu Zainuddin. Zainuddin, bagi saya  wataknya benar-benar banyak bermain perasaan, Luahan perasaan yang cukup mendalam dalam setiap bait surat yang dituliskan kepada Hayati, wanita yang dicintainya. Cinta terakhir Zainuddin.
Zainuddin diceritakan sebagai seorang yang sebatang kara. Pengarang memulakan cerita dalam cerita berkenaan bapa Zainuddin iaitu Pendekar Sutan. Pendekar Sutan merupakan anak jati dari kampung Minangkabau. Walaubagaimanapun, dia dihalau atas pertuduhan yang sengaja diletakkan ke atas bahunya. Atas pertistiwa itu, bapanya dibuang dari kampung halamannya sendiri dan dipenjarakan selama 15 tahun. Apabila keluar dari penjara, Pendekar Sutan berhijrah ke Mengkasar dan berkahwin di sana. Beliau menemui sinar hidayah di sana, hidupnya menjadi lebih baik dari sebelum ini hasil bimbingan daripada keluarga isterinya. Meskipun begitu, isterinya , Habibah meninggal beberapa bulan selepas melahirkan Zainuddin. Zainuddin menjadi yatim piatu pula ketika umurnya masih kanak-kanak iaitu selepas bapanya pula meninggal dunia Selepas ketiadaan kedua orang tuanya, Zainuddin tinggal bersama Mak Bese..
Zainuddin, kehadirannya di Mengkasar dikatakan anak pedagang dari Minangkabau. Lalu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke Minangkabau untuk mencari sanak-saudaranya di sana. Dia mencari seribu harapan agar dia tidak merasakan keseorangan. Dan, ketika dia meninggalkan mak Bese itu, alangkah baik kalau dia tidak pergi.  Namun, apabila sampai di negeri Minangkabau itu, tidaklah semanis yang diharapkan apabila orang di situ juga menganggap dia hanya sekadar pendatang meskipun dia adalah anak Pendekar Sutan yang merupakan anak jati Minangkabau.
Dan, sebab musabab kedatangan dia bredagang ke Minangkabau itu adalah untuk bertemu dengan Hayati. –wanita yang menjadi sandaran hatinya.
Biar saya buka sikit apa yang saya dapat dalam cerita ini..mungkin tatapan anak muda untuk bercinta,.itu yang ingin disampaikan pengarang.
1.      Adat yang benar-benar membataskan kehidupan. Menurut adat Minangkabau, kekuatannya adalah bersandarkan dari sebelah ibu.Ibulah yang memiliki kekuatan dari sudut keturunan yang kuat. Malah, harta yang banyak dan keturunan bangsawan itu adalah golongan paling mulia. Zainuddin dipinggirkan kerana dia tidak memiliki bako (susur galur yang kuat pada sebelah ibu).
2.      Kasih Zainuddin pada Hayati sangat terserlah dalam setiap bait suratnya,.
Pengarang mengatakan , dia bukan mudah untuk meluahkan dalam kata-kata, hanya tulisan dapat mengatakan segalanya.
-Surat itu bukan diperbuat daripada tulisan tangan, tapi daripada jiwa!
 3. Bangkit selepas patah hati. Patah hati, jangan punahkan mimpi. Itulah yang dirasai oleh seorang yang patah hati. Fikiran-fikiran jahat sentiasa menguasai diri. Saya nak petik kata pengarang ~ Bukanlah putus asa itu sifat seorang yang masih hidup. Kerana yang berputus asa itu adalah sifat orang yang sudah mati. Dan, Zainuddin membuktikannya.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

4. Kisah percintaan dalam novel ni masih dibatasi dengan keagamaan. Zainuddin merupakan seorang yang berusaha menuntut ilmu. Itu yang bagusnya novel seperti ini. Anda yang sudah baca, pasti memahaminya.
5. Saya suka bab Jiwa Pengarang.  Saya berusaha mendalami perasaan dan jiwa Zainudin yang menulis dengan sepenuh hati sambil menumpahkan pengalaman langsung lewat karyanya.
Rasanya ini bukan ulasan. Hanya sekadar perkongsian apabila sudah tamat membaca. Macam-macam yang berlegar dalam fikiran. Sadis ataupun tak pada akhirnya? Macam biasa, saya akan cakap..hanya yang menghayati akan rasa sampai ke hati!

5 comments:

hafiza suraya said...

syukran, review yg sgt bagus buat sy rasa teruja nak baca...:)

terima kasih sudi berkunjung ke blog saya dan meluangkan masa baca review novel sy yg tak seberapa tu :)

Faratira said...

Teringin nak baca juga!!

annur hafizah said...

hafiza suraya ~
sama . nanti dah baca buatlah review buku ni:)

annur hafizah said...

kak faratira~
mesti baca TKVDW ni. sediakan tisu di sebelah anda ok. hehe

jadi, rujukan nak menulis pun bagus.kan.
Hamka salah seorang penulis yang fiza kagum, seriously ;)

Faratira said...

akak ada novel merantau ke deli. masa pesta buku kl, ada ternampak TKVDW. Ingat nak beli hari last, tapi terlupa.

♥ halwa hati ♥